top of page

Majlis Sambutan Hari Guru Disambut Meriah di SK Kaung

  • nabalunews
  • 2 days ago
  • 1 min read

18 Mei 2025


KOTA BELUD: Majlis Sambutan Hari Guru yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung, Kota Belud telah berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna.


Seramai 106 orang yang terdiri daripada guru-guru, ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta murid-murid hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.


Majlis ini dirancang dan dilaksanakan sepenuhnya oleh AJK PIBG SK Kaung. Segala perincian acara berjalan lancar dengan objektif utama untuk menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik generasi masa depan.

Dalam ucapannya, Guru Besar SK Kaung, Encik Jimri Santi, menyatakan bahawa guru diibaratkan seperti lilin yang membakar diri demi menerangi jalan kehidupan anak-anak bangsa.


Tema sambutan pada tahun ini ialah "Pasangan Kembar @ Twin", yang membawa simbolik hubungan erat antara guru dan murid dalam mencapai kejayaan bersama. Seperti pasangan kembar yang saling melengkapi, hubungan guru dan murid juga perlu dibina atas asas kerjasama, saling menyokong, dan kepercayaan.


Encik Jimri turut menegaskan bahawa kehadiran dan komitmen tinggi daripada semua pihak, terutamanya guru-guru, merupakan kunci utama dalam merealisasikan pendidikan yang holistik dan berkualiti.


Tambah beliau, "Pendidikan bukan sekadar penyampaian ilmu, tetapi juga tentang pembentukan jiwa. Setiap guru adalah sumber inspirasi dan pemangkin kepada potensi luar biasa yang tersembunyi dalam diri setiap pelajar."


Majlis diakhiri dengan suasana penuh kegembiraan, rasa syukur dan penghargaan terhadap jasa para pendidik yang tidak ternilai.

תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page