top of page

Makan Amal SIB Melangkap Kapa Berjaya Kumpul Dana Pembangunan Gereja

nabalunews
2 days ago
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 8 September – Makan Amal bagi mengumpul dana pembangunan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Melangkap Kapa telah berlangsung pada 29 Ogos lalu dengan perasmiannya diwakili oleh Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Melon Yaming, bagi pihak Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan, Datuk Ewon Benedick.


Melon menjelaskan bahawa program berkenaan bukan sahaja bertujuan mengumpul dana bagi menyokong pembangunan serta penambahbaikan kemudahan gereja, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim masyarakat dalam suasana kekeluargaan, saling menyokong dalam doa dan persekutuan, serta memperkukuh semangat kerjasama komuniti.



Dalam ucapannya, Melon menyampaikan penghargaan Datuk Ewon kepada jawatankuasa penganjur, para penyumbang serta seluruh masyarakat yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program tersebut.


Beliau turut menekankan bahawa sokongan berterusan daripada pemimpin dan komuniti amat penting bagi memastikan usaha pembangunan di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.


Penganjuran makan amal sebegini menunjukkan komitmen padu masyarakat setempat dalam membantu pembangunan kemudahan keagamaan dan komuniti menerusi semangat sukarela serta perpaduan yang utuh.


Pendekatan seumpama ini juga selari dengan aspirasi pembangunan komuniti di kawasan Kadamaian yang mengutamakan kerjasama erat dan penglibatan aktif masyarakat secara menyeluruh dalam setiap inisiatif setempat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page