top of page

Konvensyen Agromakanan Perdana RISDA Sabah Di Kota Belud Sasar Lahir Usahawan Desa Berdaya Saing

nabalunews
Sep 8
2 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 8 September – Konvensyen Usahawan dan Pengusaha Agromakanan 2026 yang julung-julung kali diadakan di Sabah berlangsung semalam di Kadamaian Square, Taginambur Kota Belud, dengan fokus utama memperkukuh daya saing usahawan desa dalam industri agromakanan.


Program sehari anjuran RISDA Daerah Kota Belud itu dirasmikan oleh Timbalan Pengarah RISDA Negeri Sabah, Wan Yusnizar Wan Azizan, dan menghimpunkan keseluruhan pengusaha agromakanan di bawah seliaan agensi berkenaan bagi merangka hala tuju baharu ekonomi setempat.



Dalam ucapannya ketika merasmikan konvensyen, Wan Yusnizar menegaskan bahawa penganjuran program ini bukan sekadar platform perkongsian ilmu, tetapi sebagai pemangkin kepada transformasi perniagaan usahawan luar bandar.


"Kita mahu usahawan desa di Kota Belud melangkah lebih jauh dengan memanfaatkan rangkaian strategik dan perkongsian pintar. Daya saing mereka perlu setara dengan pemain industri di peringkat negeri mahupun kebangsaan," katanya.



Sepanjang program, para peserta diberikan pendedahan mengenai mekanisme bantuan keusahawanan yang disediakan bukan sahaja oleh RISDA, malah turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi pelaksana. Perkara ini bagi memastikan tiada jurang maklumat dalam kalangan pengusaha untuk mengakses modal, latihan, dan pasaran.


Sesi ceramah dan taklimat interaktif turut siadakan dan disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Pertanian Kota Belud, TEKUN Nasional, Agrobank serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kehadiran pelbagai agensi ini menjadikan program itu sebagai platform komprehensif dalam pembangunan modal insan, khususnya menyentuh aspek teknikal pertanian, pembiayaan, serta piawaian keselamatan makanan.



Ruang pameran yang turut disediakan juga menjadi tumpuan apabila peserta berpeluang berinteraksi terus dengan wakil agensi bagi menyelesaikan masalah perniagaan secara langsung.


Sementara itu, pihak RISDA Daerah Kota Belud merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta, penceramah, dan agensi kerjasama atas komitmen padu yang diberikan sepanjang konvensyen. Penganjur optimis bahawa ilmu yang dikongsikan dan jaringan usahawan yang terbina pada hari tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk merancakkan ekonomi desa.


Konvensyen ini juga selaras dengan aspirasi nasional melahirkan generasi usahawan agromakanan yang berilmu, berdaya saing, serta mampu menghasilkan produk bermutu tinggi demi kesejahteraan negara secara keseluruhan.

 
 
 

7 Comments


Stig Tom
Stig Tom
Oct 07

Great to see RISDA Kota Belud giving rural agrifood entrepreneurs a real platform — smart partnerships and strategic networks genuinely make the difference between surviving and scaling. Wan Yusnizar's point about matching state and national players is spot on; too many smallholders have the product but not the positioning. On a lighter note, after long convention days I unwind with story-driven horror games, and I've been chasing all the endings in The False Sun. I've relied on this The False Sun walkthrough for all routes to find the routes I kept missing.

Like

Stig Tom
Stig Tom
Oct 07

I enjoyed reading about the RISDA agrifood convention in Kota Belud. It's inspiring to see rural entrepreneurs being equipped to compete at state and national levels. Building strategic networks and sharpening business acumen are crucial. On a lighter note, I find that taking short mental breaks with word games helps me stay focused. One I've been enjoying is Poople Unlimited word ladder — it's free and endless, perfect for quick refreshers between tasks. Wishing all the best to the entrepreneurs in Sabah!

Like

Stig Tom
Stig Tom
Oct 07

Great to see RISDA Kota Belud focusing on rural agropreneurs’ competitiveness, not just knowledge sharing. Programmes like this can create real market access for Sabah’s local food producers. On a lighter note, if you want to sharpen your global awareness or find inspiration from other regions, try World Guesser. It drops you into random street-view locations and challenges you to guess where you are. A fun, free break that also builds geographic perspective for anyone thinking beyond their own village market.

Like

Stig Tom
Stig Tom
Oct 07

It's encouraging to read about RISDA's agromakanan convention in Kota Belud — giving rural entrepreneurs practical strategy, not just motivation, is exactly what Sabah's food industry needs. Competitiveness in any field comes from practice, community and learning from others. Funny enough, that's the same reason my nephew spends hours on community-built tracks instead of racing alone, and there's a genuinely useful guide on drifting that explains the mechanics clearly: playpolytrack. Different arena, same lesson — skills grow when people share what they know.

Like

junieolive
Sep 13

The idea that a first-time agrifood convention in Kota Belud could actually produce competitive rural entrepreneurs is interesting, but the real test is whether follow-up support matches the initial buzz. Do participants get ongoing market access, or does the momentum fade once the event ends?


<a href="https://image2-5.org/

">image2-5</a>

Like
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page