top of page

Maklumat awam bantu PDRM Sabah tumpaskan aktiviti judi online di Lahad Datu

  • nabalunews
  • Apr 12
  • 1 min read


12 April 2025


LAHAD DATU: Usaha orang awam menyalurkan maklumat melalui QR Code Aduan Masyarakat membuahkan hasil apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah berjaya menumpaskan satu lagi kegiatan judi dalam talian di daerah ini.


“Hasil maklumat awam yang disalurkan melalui QR Code Aduan Masyarakat, PDRM Sabah terus melakar kejayaan dalam usaha membanteras kegiatan judi online, kali ini di daerah Lahad Datu, Sabah,” menurut kenyataan PDRM.


Bertindak atas aduan diterima, sepasukan polis telah melakukan serbuan di Kampung Mambatu, Jalan Tungku dan berjaya menahan seorang wanita yang dipercayai bertindak sebagai ejen judi dalam talian.


“Turut dirampas dalam serbuan itu adalah pelbagai peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian serta sejumlah wang tunai,” tambah kenyataan itu lagi.


Kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


PDRM Sabah turut merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas kerjasama yang berterusan.


“PDRM Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada masyarakat yang terus bekerjasama menyalurkan maklumat. Komitmen anda membantu kami membanteras jenayah demi kesejahteraan bersama.”

תגובות


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page