Malaysia catat nilai eksport lada tertinggi
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Malaysia catat nilai eksport lada tertinggi


16 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUCHING: Malaysia mencatatkan rekod eksport lada tertinggi sehingga Mei tahun ini dengan nilai RM54.5 juta, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.


Beliau berkata, Malaysia juga berada di tangga kelima dalam senarai pengeluar lada dunia selepas Vietnam, Brazil, Indonesia dan India.


"Industri lada negara telah mencatatkan prestasi membanggakan dengan merekodkan nilai eksport sebanyak RM181.4 juta pada tahun 2022 berbanding RM153.5 juta pada tahun 2021," katanya ketika melancarkan stesen penyelidikan lapangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Kuching kelmarin.


Beliau juga menyeru penggiat industri lada untuk mengamalkan kemapanan dalam operasi mereka dan mematuhi peraturan pasaran Eropah.


"Jika kita mahu pasarkan produk kita pada masa ini, salah satu cabaran utama adalah perlu mempunyai sijil dan mengikut peraturan berkaitan kemapanan terutamanya di pasaran Eropah," katanya.


Fadillah turut menyatakan bahawa kementeriannya melalui MPB telah menaikkan had bantuan untuk pekebun lada kecil bagi mengurangkan kesan kenaikan input pertanian.


"Proses semakan semula ini bertujuan memastikan pekebun tidak terkesan dengan kenaikan input pertanian," katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page