top of page

Malaysia catat pendaftaran kenderaan baru tertinggi, langkah keselamatan jalan raya dipertingkat

nabalunews

8 Oktober 2024


AYER KEROH: Jumlah pendaftaran kenderaan baru di Malaysia mencapai rekod tertinggi dalam sejarah tahun lalu dengan sebanyak 799,000 pendaftaran, menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.


Walaupun pencapaian ini membanggakan, ia juga menyumbang kepada peningkatan kemalangan maut, dengan lebih 6,000 kematian setiap tahun, di mana 70 peratus daripadanya melibatkan penunggang motosikal.


Dalam usaha mengurangkan angka kemalangan ini, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melaksanakan beberapa inisiatif, termasuk pembaharuan dalam dasar dan program pelesenan pemandu.


“Contohnya, sistem latihan dan pengujian pemandu secara elektronik atau e-testing yang diumumkan pada Mac lalu membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai JPJ di dalam kenderaan. Prestasi calon diukur menggunakan alat pengesan dan kamera secara masa nyata,” kata Hasbi.


Beliau berkata demikian semasa merasmikan Seminar Tadbir Urus Institut Memandu Malaysia 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).


Selain itu, lebih 14 juta pemegang Lesen Memandu Malaysia (LLM) kini aktif, dengan kira-kira 600,000 calon menerima latihan setiap tahun daripada 245 institut memandu di seluruh negara.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page