Malaysia mahu eratkan lagi hubungan dua hala dengan Iran – Anwar
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Malaysia mahu eratkan lagi hubungan dua hala dengan Iran – Anwar



21 Sept 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Malaysia berhasrat untuk memperkukuhkan hubungan dua hala dengan Iran dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau menyatakan hasrat ini dalam pertemuan dengan Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi di New York, yang dikongsikan melalui catatan di Facebook hari ini.


"Dalam pertemuan ini, saya menyatakan hasrat Malaysia untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan Iran melalui kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta meneroka potensi kerjasama baharu," katanya.


Anwar juga berkata, Malaysia mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) dan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Ekonomi (JEC) antara kedua-dua negara bagi menghalusi semua potensi skop kerjasama.


"Semoga hubungan Malaysia dan Iran akan terus diperkukuh demi manfaat bersama, insya-Allah," kata Perdana Menteri.


Perdana Menteri kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-78.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page