Mangsa Banjir Di Sabah Turun Kepada 1,830

13 Mac 2025
KOTA KINABALU: Mangsa terjejas banjir di negeri ini menurun kepada 1,830 orang daripada 657 keluarga berbanding 2,768 orang daripada 947 keluarga yang dilaporkan pagi semalam.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam laporan infografik berkata, setakat jam 12 tengah hari tadi, sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah yang terjejas.
Katanya, daerah yang paling terjejas Beaufort mencatatkan 1,343 orang daripada 450 keluarga ditempatkan di enam PPS.

“Manakala enam lagi PPS di daerah Tenom menempatkan 466 mangsa daripada 200 keluarga,” katanya.

Menurutnya, di daerah Membakut pula, hanya satu PPS masih dibuka yang menempatkan 21 mangsa daripada tujuh keluarga.
Comentários