top of page

Lapan Cedera Kereta Bertembung Sebelum Terbakar

  • nabalunews
  • 18 minutes ago
  • 1 min read

ree

8 Disember 2025


KOTA BELUD: Lapan cedera selepas kenderaan dinaiki bertembung sebelum terbakar dalam kejadian kemalangan di Bukit Kelawat, di sini, lewat malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, kemalangan melibatkan kereta Perodua Myvi dan Proton Saga VVT yang dinaiki tujuh individu termasuk empat kanak-kanak.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elgie Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.33 malam.

ree

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Kemalangan mengakibatkan Perodua Myvi terbakar 100 peratus dan semua mangsa sudah dikeluarkan dari kereta terlibat oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba di lokasi.


“Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula dari sumber air jentera dan pasukan EMRS memberikan rawatan awal kepada mangsa di lokasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pemandu Perodua Myvi cedera di bahu manakala tujuh lagi mangsa di kenderaan Proton Saga VVT turut mengalami pelbagai kecederaan.


“Lima mangsa telah dihantar ke Hospital Kota Belud oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba dilokasi.


“Manakala dua lagi mangsa dihantar ke Hospital Kota Belud oleh Jentera EMRS dan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.53 tengah malam,” katanya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page