Polis cari kanak-kanak lelaki 12 tahun hilang di Menggatal

Oleh : Romie Stanley DGuns
22 Oktober 2026
KOTA KINABALU, 22 Okt – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sedang mengesan seorang kanak-kanak lelaki, Edwin John Tessensohn, 12, yang dilaporkan hilang selepas tidak ditemui di sekolah ketika hendak diambil pulang pada 20 Oktober 2026 sekitar jam 5.00 petang.
Edwin, berbangsa Eurasian dan beralamat di V21 Residence, KKIP Selatan, Menggatal, Kota Kinabalu, kali terakhir dilihat pada hari yang sama sekitar jam 6.30 pagi ketika dihantar ke sekolah.
Ciri-ciri fizikalnya ialah berbadan berisi, berkulit sawo matang, bermata hitam, berbulu kening sederhana, berambut hitam pendek dan kemas serta berbibir nipis.
Menurut kenyataan IPD Kota Kinabalu, usaha pencarian telah dilakukan oleh ahli keluarga di sekitar kawasan sekolah dan pertanyaan kepada rakan-rakan penama, namun masih gagal mengesan keberadaannya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan Edwin diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau Sarjan Imelda Andereas di talian 016-8706064, atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.















Comments