top of page
  • nabalunews

Mangsa kebakaran di Nahaba Layuh, dibantu Pusat Khidmat ADUN Kadamaian

20 September 2024


KOTA BELUD: Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5 petang semalam telah menyebabkan seorang penduduk Kampung Nahaba Layuh, Kota Belud, Roulin Basanda hilang tempat tinggal apabila rumahnya musnah sepenuhnya.


Prihatin dengan musibah yang melanda Roulin, Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian hari ini menziarahi Roulin dan menyampaikan sumbangan ikhlas bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Roulin serta keluarganya.


Sumbangan disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Beliau turut diiringi oleh Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud, Jolyhame Saran.


Kehadiran mereka bukan sahaja bertujuan untuk menyampaikan bantuan material, tetapi juga sebagai tanda sokongan moral kepada Roulin.

Comments


bottom of page