Mantan Ketua Bahagian PCS Kadamaian sertai UPKO
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Mantan Ketua Bahagian PCS Kadamaian sertai UPKO

Mail menyerahkan borang keahlian UPKO kepada Ewon sambil disaksikan oleh AJK Bahagian UPKO Kota Belud.

17 Nov 2023

Oleh Wartawan Nabalu News

KOTA BELUD: Mantan Ketua Bahagian Parti Cinta Sabah (PCS) Mail Balinu kembali ke pangkuan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini.


Mail menyerahkan borang keahlian UPKO kepada Presidennya Datuk Ewon Benedick di pusat khidmat ADUN Kadamaian di sini, hari ini.


Sebelum menyertai PCS, Mail merupakan Ketua Bahagian UPKO Kadamaian dan bertanding dalam pilihanraya negeri pada tahun 2018 di DUN Kadamaian dengan memperolehi 764 undi.


Ewon memenangi kerusi DUN Kadamaian dalam pilihanraya tersebut selepas mendapat 6,861 undi dengan majoriti 3,294 undi.


Ewon yang juga ADUN Kadamaian menyifatkan kepulangan semula Mail ke UPKO merupakan satu petunjuk penerimaan ke atas seruan beliau agar mantan ahli-ahli kembali menyertai parti tersebut dan bersama-sama dengan kepimpinan beliau untuk memperkasakan penyertaan UPKO dalam proses demokrasi dan tadbir urus negara.


“Penyertaan dan kepulangan semula Mail ke parti UPKO juga akan memperkasakan perkhidmatan parti ini di Kadamaian.


"Sebagai pemimpin yang cukup berpengalaman termasuk pernah menjadi Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Kadamaian, beliau boleh membantu saya dalam menjayakan agenda pembangunan kawasan ini selaras dengan Pelan Pembangunan Kadamaian 2020-2035.


“Saya menghargai keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap kepimpinan saya. Kami pernah bersama-sama dalam parti UPKO sebelum ini dan saya sangat bersukacita apabila kini Mail dapat kembali bersama-sama sekali lagi dalam parti ini,” katanya.

bottom of page