top of page

Mantan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Sabah Pimpin JKKK Taginambur Jaya

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

David Samudin
David Samudin

8 Februari 2026


KOTA BELUD: Dua kawasan dalam Mukim Taginambur di sini kini mempunyai pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) baharu, hasil proses pemilihan yang diadakan semalam.


Di Kampung Taginambur Jaya, mantan Ketua Penolong Pegawai Perubatan Sabah, David Samudin, telah dilantik sebagai pengerusi JKKK baharu. Kampung tersebut merupakan gabungan tiga buah kampung, iaitu Kampung Tamalang, Singgahmata dan Kampung Bukit Bendera.


Manakala di Kampung Tambulaung yang juga terletak dalam mukim yang sama, Osmax @ Jude William telah muncul pemenang dalam satu pertandingan dua penjuru bagi jawatan yang sama.

Osmax@Jude William
Osmax@Jude William

Proses pemilihan bagi kedua-dua kawasan itu diselia oleh Penyelia Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Ewel Deukin, bersama Pemaju Mukim, Hadlee Panchai.


Dalam satu kenyataan, UPPM Kadamaian memaklumkan bahawa proses pemilihan telah tamat dan menyeru komuniti setempat untuk berganding bahu menjayakan pembangunan kampung bersama kepimpinan baharu.


Kemenangan kedua-dua calon baharu itu dilihat sebagai petanda arus perubahan dan keinginan komuniti terhadap kepimpinan segar.


Kedua-dua pengerusi baharu itu telah merakamkan penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan serta berikrar untuk memberikan komitmen terbaik kepada penduduk di kawasan masing-masing.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page