top of page

Maritim Malaysia Tahan 10 Pati

  • nabalunews
  • Nov 2
  • 1 min read

ree

2 November 2025


KUDAT: Seramai 10 orang pendatang tanpa izin (PATI) berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam operasi kira-kira 8 batu nautika barat laut Tanjung Simpang Mengayau, semalam.


Semua PATI terbabit ditahan hasil daripada maklumat pengesanan Sistem Pengawasan Laut Sabah (SWASLA) serta tindakan pantas aset Maritim Malaysia yang sedang bertugas di kawasan berkenaan.


Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, pemeriksaan mendapati bot yang dinaiki tidak mempunyai nombor pendaftaran sah.

ree

“Semua individu terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan berada dalam keadaan meragukan.


“Semua PATI terbabit terus ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad


Menurutnya, Maritim Malaysia akan terus mempergiatkan rondaan dan penguatkuasaan di perairan negara bagi membanteras kegiatan penyeludupan serta kemasukan PATI,

khususnya di kawasan sempadan maritim Sabah.


Sehubungan itu, Hasbullah mengingatkan orang awam agar tidak bersekongkol atau melindungi sebarang aktiviti jenayah maritim.


Katanya, sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan atau kemasukan PATI boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di talian 088-611858 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page