top of page

Mayat lelaki dipercayai gelandangan ditemui di perhentian bas di Sandakan

  • nabalunews
  • Nov 17, 2024
  • 1 min read
Gambar hiasan

17 November 2024


SANDAKAN: Mayat seorang lelaki ditemui di Perhentian Bas Grandview, Jalan Buli Sim-Sim, Sandakan kira-kira jam 8.30 malam pada Sabtu.


Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal polis ditempat kejadian mendapati si mati memakai baju biru berkolar dan seluar pendek, berumur dalam lingkungan 60an, tinggi 155cm dan dipercayai berbangsa Cina. 


Manakala tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada si mati.


Si mati juga dipercayai gelandangan yang sering berada di kawasan bangunan kedai Grandview dan menjadikan perhentian bas tersebut sebagai tempat tidur.


Tambahnya, siasatan pihak polis juga tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah dalam kes ini.


Pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian megesahkan bahawa lelaki tersebut telah meninggal dunia.


Jelas Fuad, mayat si mati kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.


Fuad memohon kerjasama orang awam atau waris yang mengenali si mati untuk berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Samad Sundalu di talian 0198606714 untuk tindakan selanjutnya.


Kes diklasifikasian sebagai laporan mati mengejut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page