top of page

Mayat Lelaki Reput Ditemui Bersama Motosikal Dalam Parit Di Kota Belud

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 24 Julai – Seorang lelaki tempatan berumur 41 tahun maut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit berisi air di Jalan Kota Belud–Kota Marudu, dekat Kampung Tambilaung, pada 22 Julai lalu.


Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan melintang bersama motosikal dan sudah mengalami pereputan apabila orang awam membuat panggilan kecemasan pada jam lebih kurang 12.45 tengah hari, 22 Julai 2026.


Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Marudu menuju ke Kota Belud sebelum dipercayai hilang kawalan kenderaan.



"Kenderaan mangsa terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan terjunam ke dalam parit yang mengandungi air. Mayat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.


Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu menyebabkan kematian.


Pihak polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan. Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Chris Isaac Anak Rechi, di talian 088-976600 sambungan 225.


Dalam pada itu, polis menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi undang-undang trafik, dan memastikan kenderaan dalam keadaan selamat sebelum memandu.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page