top of page

MCMC PERKENAL PROJEK PENGHANTARAN UBAT-UBATAN GUNAKAN DRON

  • nabalunews
  • 20 hours ago
  • 2 min read


11 Mei 2025


TAWAU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyertai Program MADANI Rakyat (PMR) di Tawau, Sabah dengan mempromosikan Perkhidmatan Pintar NADI dan projek strategik berimpak tinggi kepada komuniti, khususnya di kawasan pedalaman.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merasmikan Program PMR Tawau turut berkesempatan mengunjungi reruai NADI.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan MCMC berkata, antara tarikan utama di reruai NADI adalah pameran berkaitan inisiatif penghantaran ubat menggunakan dron yang bakal dilaksanakan bersama Kementerian Kesihatan selaku rakan utama dan rakan-rakan strategik seperti MRANTI, serta penyedia teknologi dron tempatan.


Katanya, inisiatif itu merupakan projek perintis bagi membuktikan keberkesanan kaedah

penghantaran ubat di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman dari Klinik Kesihatan ke NADI terpilih.


“Ia bagi mempercepatkan akses ubat kepada komuniti di kawasan sukar dihubungi termasuk kawasan pulau, pedalaman dan lokasi yang tidak mempunyai keadaan jalan yang baik.


“Pelaksanaan fasa pertama penghantaran ubat-ubatan menggunakan dron dijangka akan dilaksanakan pada suku keempat 2025 di dua NADI termasuk NADI di Tawau seperti yang diumumkan Perdana Menteri semasa kunjungan beliau ke reruai NADI.


“Seterusnya, projek rintis ini akan diperluaskan ke 150 buah NADI pada 2026 dan disempurnakan kepada keseluruhan 392 buah NADI menjelang tahun 2027,” katanya.


Menurutnya, secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 1,099 NADI di seluruh negara dan melalui kerjasama antara pelbagai agensi.


“Projek itu turut menyokong agenda pengembangan inisiatif kerajaan sedia ada dengan penumpuan kepada akses

perkhidmatan kesihatan masa hadapan yang lebih berkualiti dan saksama kepada komuniti luar bandar melalui teknologi, seiring dengan perkembangan dan ketersediaan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI).


“1Reruai NADI di PMR Tawau turut menampilkan pelbagai aktiviti Perkhidmatan

Pintar NADI melalui lima (5) teras utama iaitu Keusahawanan, Kesihatan, Pembelajaran sepanjang hayat, Kesedaran IT dan Perkhidmatan Kerajaan,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page