top of page

Menteri nafi terbabit skandal rasuah Pan Borneo Sabah

  • nabalunews
  • 5 hours ago
  • 1 min read


8 Mei 2025


KOTA KINABALU: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini menafikan dakwaan pembabitannya dalam skandal rasuah melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (WP35).


Dalam kenyataan yang di laman Facebook, Alexander berkata mesej berkenaan yang tular menerusi satu saluran telegram adalah bersifat fitnah, tidak berasas dan berniat jahat terhadap dirinya.


"Mesej berkenaan mengandungi tuduhan secara langsung terhadap saya sebagai Menteri Kerja Raya Malaysia. Saya menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan berkenaan.


"Tuduhan itu bukan saja menjatuhkan imej dan intergriti saya sebagai ahli politik dan anggota pentadbiran kerajaan, malah turut mencemar reputasi Kementerian Kerja Raya dan kerajaan Malaysia secara keseluruhan," katanya.


Alexander berkata, lebih membimbangkan mesej tersebut turut dikongsikan di pelbagai platform media sosial, sekali gus menimbulkan persepsi negatif dan prasangka dalam kalangan masyarakat.


Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tun H.S. Lee di Kuala Lumpur semalam bagi menafikan tuduhan tersebut dan meminta siasatan segera dijalankan.


"Saya ingin menegaskan bahawa fitnah tidah boleh menjadi alat untuk menjatuhkan reputasi mana-mana individu, lebih-lebih lagi demi kepentingan politik atau agenda peribadi,"katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page