Menu Rahmah bakal dilaksana di seluruh IPT
- Wartawan Nabalu News
- Feb 5, 2023
- 1 min read

5 Februari 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, 'Menu Rahmah' iaitu makanan berharga bawah RM5 bakal dilaksanakan di seluruh institut pengajian (IPT).
Jelas beliau, Menu Rahmah merupakan hidangan makanan berharga RM5 ke bawah khusus untuk golongan miskin tegar merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur.
Walaubagaimanapun, perkara itu sedang diperhalusi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Kita sedang bekerjasama dengan KPDN. Program itu memang akan dibawa masuk ke universiti dalam masa terdekat.
“Ketika ini, saya percaya pihak kementerian sedang membuat perbincangan (berhubung pelaksanaan) program ini.
"Saya rasa universiti di bawah KPT tidak ada masalah dalam menyediakan ruang untuk program Menu Rahmah,” katanya kelmarin.
Comments