top of page

Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Nobuos Kiau Bersatu Berhad

  • nabalunews
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

21 Februari 2026


KOTA BELUD: Penduduk Kampung Kiau Bersatu bersama pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Tuan Mintin Lium, telah mengadakan Mesyuarat Agung Permulaan bagi tujuan pendaftaran Koperasi Nobuos Kiau Bersatu Berhad pada 21 Februari 2026.


Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 25 orang penduduk yang menunjukkan komitmen dan sokongan padu terhadap penubuhan koperasi di kampung berkenaan.


Dalam mesyuarat itu, James Dalansu telah dipilih sebagai Pengerusi, manakala William Ginting sebagai Timbalan Pengerusi. Jeruly Jiminit dilantik sebagai Setiausaha dan Fredolin Donol sebagai Bendahari. Turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa ialah Jovita Dalansu dan Lydia Getom bagi membantu melicinkan pentadbiran serta pengurusan koperasi.


Penubuhan Koperasi Nobuos Kiau Bersatu Berhad bertujuan memperkasa aktiviti ekonomi ahli dan penduduk kampung melalui pelbagai inisiatif yang berpotensi menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.


Dalam pada itu, pegawai SKM turut menyampaikan taklimat berkaitan prosedur pendaftaran, tanggungjawab anggota serta kepentingan tadbir urus yang baik bagi memastikan koperasi dapat beroperasi secara telus, sistematik dan berkesan.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page