METMalaysia keluarkan amaran ribut petir di Sarawak, Sabah dan Labuan
- nabalunews
- 3 days ago
- 1 min read

11 Jun 2025
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 10:00 malam ini, Rabu.
Antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk Limbang di Sarawak; daerah Pedalaman di Sabah seperti Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan; serta kawasan Pantai Barat dan Labuan.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” menurut kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia.
MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada, mengikuti perkembangan cuaca semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga, terutamanya mereka yang berada di kawasan berisiko.
Comments