Mini HPPK di Kadamaian Square pada 22 September ini - Ewon
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Mini HPPK di Kadamaian Square pada 22 September ini - Ewon

Ewon (tengah) menyampaikan surat pelantikan kepada anggota MPUKPPD bagi Daerah Kota Belud. Turut kelihatan Zamri (empat dari kiri), Rusli (tiga dari kiri), Matias (kiri sekali), Bakri (tiga dari kanan) dan Hemin (dua dari kanan).

21 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Mini Hari Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil (HPPK) Kadamaian buat julung kalinya akan diadakan pada 22 September ini, di Kadamaian Square Taginambur, Kota Belud.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, Mini HPPK itu antara usaha kerajaan menghargai peranan dan sumbangan para penjaja dan peniaga kecil-kecilan terutamanya di kawasan luar bandar.


“Antara pengisian sempena sambutan itu ialah pameran dan jualan produk-produk tempatan daripada koperasi, usahawan, penjaja dan peniaga kecil-kecilan tempatan.


“Selain itu, kita juga akan mengadakan pameran daripada agensi-agensi kerajaan, demo produk syarikat tempatan Sabah, food truck dan jualan koperasi Madani, katanya.

Ewon bergambar bersama selepas mesyuarat itu.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan,Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah (MPUKPPD) Kota Belud, di Pejabat Daerah Kota Belud, di sini, hari ini.


Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berharap agar usahawan-usahawan Kadamaian mengambil peluang ini untuk mempromosi, menjual dan memasarkan produk tempatan mereka.


Katanya lagi, penganjuran Mini HPPK Kadamaian adalah antara usaha beliau membantu golongan penjaja dan peniaga kecil agar terus menjadi antara penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.

Mengenai mesyuarat itu, Ewon berkata, beberapa isu dibincangkan berkaitan pembangunan keusahawanan, koperasi, penjaja dan peniaga kecil.


“Ini termasuklah isu berkaitan perlesenan, ruang niaga, penguatkuasaan, program bantuan dan penyelarasan dengan pelbagai agensi serta jabatan yang terlibat dalam pembangunan keusahawanan,” katanya.


Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kota Belud Bakri Nanun.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Keusahawanan KUSKOP, Datuk Zamri Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar, Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin, Pengurus TEKUN Sabah Hemin Osumping, Penolong Pengarah Wilayah Pantai Barat Utara SKM Negeri Sabah Anasty Majus, wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin setempat.


Kaption:



  1. Ewon menyampaikan ucapan pada mesyuarat itu.



bottom of page