top of page

Minyak Masak Bernilai RM63,365 Cuba Diseludup

  • nabalunews
  • Apr 26
  • 1 min read


26 April 2025


LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar minyak masak di perairan laut Alice Reef, Tungku, di sini, semalam.


Dalam operasi jam 4.29 petang itu, juragan dan seorang penumpang turut ditahan anggota PPM Lahad Datu.


Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pihaknya mengesan sebuah bot laju yang bergerak laju di kawasan perairan berkenaan.


“Pasukan PPM kemudian mengekori dan menahan bot itu. Hasil pemeriksaan menemui beberapa peket minyak masak di atas bot berkenaan.


“Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM63,365. Dipercayai semua minyak masak itu cuba di seluruh ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua barang kes telah dirampas, manakala juragan dan seorang penumpang ditahan untuk siasatan lanjut kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.


“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Imigresen 1959/63.


“PPM Wilayah Empat Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page