top of page

Misi Kebajikan ke Kampung Melangkap Kapa oleh Gereja St. Augustine dan KRT Kampung Kaung Ulu Hulur Sumbangan

  • nabalunews
  • Mar 1
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


1 Mac 2026


KOTA BELUD: Pemimpin gereja bersama ahli Liga Wanita serta wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kaung Ulu telah mengadakan misi kebajikan bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Melangkap Kapa, pada Ahad lalu. Rombongan tersebut berkumpul di Gereja Katolik St. Augustine Kampung Kaung Ulu sebelum bergerak ke lokasi yang terjejas.


Tujuan utama program ini adalah untuk menyampaikan sumbangan keperluan asas seperti makanan kering, pakaian dan barangan harian, selain bantuan wang tunai bagi meringankan beban keluarga yang terkesan akibat kebakaran tersebut.


Sumbangan ini diharap dapat membantu mangsa meneruskan kehidupan sementara menunggu bantuan susulan daripada pihak berkaitan.

Sebelum ke Kampung Melangkap Kapa, rombongan turut singgah di St. Nancy Melangkap Tiong untuk makan bersama serta menyampaikan sumbangan tunai tambahan sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada komuniti setempat.


Program berkenaan memperlihatkan semangat kerjasama erat antara pihak gereja, Liga Wanita dan KRT Kampung Kaung Ulu dalam menyantuni masyarakat tanpa mengira latar belakang.

Penduduk yang menerima bantuan turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan serta sokongan moral yang diberikan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page