top of page

Modul advokasi JPJ, PERKESO perkukuh pembudayaan keselamatan jalan raya

  • nabalunews
  • 29 minutes ago
  • 1 min read

ree

17 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membangunkan Modul Advokasi Keselamatan Jalan Raya (Edisi Pertama 2025) bagi memperkukuh usaha pendidikan, kesedaran dan pembudayaan keselamatan jalan raya.


Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata modul berkenaan bertujuan meningkatkan tahap kesedaran orang ramai serta memperkasakan advokasi keselamatan jalan raya secara bersepadu dan berterusan.


"Pembangunan modul ini selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (PKJRM) 2022–2030 yang menyasarkan pengurangan 50 peratus kadar kematian akibat kemalangan jalan raya menjelang 2030.


"Modul ini akan menjadi panduan komprehensif membabitkan lima golongan sasaran utama iaitu pelajar, belia, komuniti, pekerja dan pemandu kenderaan berat yang juga antara pengguna jalan raya terbesar di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Aedy Fadly berkata, kerjasama antara JPJ dan PERKESO itu juga membolehkan pihaknya melaksanakan advokasi bersasar kepada komuniti pekerja dan syarikat yang mempunyai kadar insiden lebih tinggi berdasarkan data serta profil syarikat PERKESO.


Melalui pendekatan itu, katanya, program advokasi JPJ dapat meningkatkan keberkesanan intervensi pendidikan keselamatan jalan raya.


“JPJ merakamkan penghargaan kepada PERKESO atas kerjasama strategik ini dan komited untuk memperkukuh lagi usaha bersama dalam meningkatkan keselamatan jalan raya demi kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page