top of page

Mohon Inkues Bergantung Keputusan Bedah Siasat

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read

ree

11 Ogos 2025


KOTA KINABALU: Peguam mewakili keluarga Zara Qairina Mahathir menegaskan pihaknya akan memohon inkues sekiranya keputusan bedah siasat tidak memuaskan hati keluarga mangsa.


Shahlan Jufri berkata, setakat ini, pihaknya akan menunggu laporan penuh bedah siasat yang lengkap sebelum tindakan selanjutnya dapat diambil.


Katanya, pihaknya berharap ada suspek yang akan dituduh dalam kes ini, namun ia diserahkan kepada polis sebagai pihak yang paling tepat untuk menjawab.

“Inkues tidak akan diminta jika ada suspek yang dituduh dalam kes itu. Post-mortem report itu sekarang yang lengkap belum ada. Yang lengkap mahu disediakan.


“Cuma, sekiranya kami tidak berpuas hati, ahli keluarga tidak berpuas hati dengan post-mortem, kita boleh minta inquest. Itu yang paling nilai.


“Sekiranya ada suspek dituduh, jadi tidak ada lah inquest. Kalau ada kena tangkap, kena tuduh, tidak adalah inquest,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Patologi, Hospital Queen Elizabeth (HQE), semalam.


Menurutnya, sekiranya inkues dilaksanakan, ia akan dikendalikan oleh pasukan khas.


Sementara itu, mengulas mengenai proses bedah siasat, Shahlan berkata, proses yang dibuat di Jabatan Forensik HQE, itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.


Katanya, beliau sendiri menyaksikan proses berkenaan atas permintaan keluarga arwah bermula dari jam 11 pagi hingga jam 7.30 malam tadi.


“Saya boleh beritahu perjalanan post-mortem sangat baik. Tidak ada unsur-unsur seperti yang di media sosial, seperti dakwaan ada ‘tangan-tangan’ tertentu, semua itu tiada.


“Saya sendiri lihat dan saksikan bagaimana arwah Zara diperiksa sehingga selesai, termasuk dengan semua prosedur yang diperlukan,” katanya.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page