MUDA akan tanding di PRN Johor - Syed

29 Januari 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, buat julung kalinya selepas parti itu berjaya didaftarkan secara rasmi.
Perkara itu disahkan oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman menerusi hantaran dalam laman Facebook rasminya, malam tadi.
“MUDA secara rasminya akan bertanding dalam PRN Johor 2022. Johor adalah pemulaan bagi MUDA. MUDA adalah perubahan bagi Johor.
“Jadi, marilah kita bersama-sama membinan Johor yang bersatu padu dan sejahtera. Mari bersama MUDA,” katanya.
Syed Saddiq berkata, ia sekali gus menjadikan PRN Johor sebagai negeri pertama parti itu bertanding.
MUDA sebelum ini berjaya didaftarkan secara rasminya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember 2021.
Opmerkingen