top of page

Pekerja Hotel Maut Tertimbus Tanah Runtuh

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

11 Mac 2026


SANDAKAN: Seorang pekerja hotel maut selepas dilaporkan tertimbus tanah runtuh dalam kejadian di belakang sebuah hotel di pusat bandar, di sini, awal pagi tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Agustine Frederick J Lingam, 76, dipercayai pergi ke belakang hotel untuk menghidupkan genset selepas bekalan elektrik terputus akibat hujan lebat.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.39 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mendapati mangsa tertimbus separuh badan oleh runtuhan tanah dan tidak sedarkan diri.


“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyodok dan diserahkan kepada pasukan perubatan untuk pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.


Katanya, pasukan bomba kemudiannya memasang sawar-sawar bagi memastikan tiada lagi bahaya yang wujud sebelum operasi ditamatkan pada jam 8.19 pagi.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page