top of page

Muhyiddin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara

  • Writer: Ilona Andrew
    Ilona Andrew
  • Sep 4, 2021
  • 1 min read

4 Sept 2021 Oleh Ilona Andrew KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu. Katanya, pelantikan Muhyiddin telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Billah Shah. “Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. “Pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhyiddin di atas pelantikan ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page