top of page

Murid tidak lagi wajib pakai tali leher mulai tahun depan

  • nabalunews
  • 11 minutes ago
  • 1 min read

ree

30 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa murid tidak lagi diwajibkan memakai tali leher ke sekolah bermula sesi persekolahan tahun hadapan.


Keputusan itu dicapai hasil Mesyuarat Profesional KPM Khas Tahun 2025 pada 8 Disember lalu dan disahkan menerusi surat siaran yang ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad, bertarikh 17 Disember 2025.


Bagaimanapun, KPM menetapkan pemakaian tali leher masih dibenarkan berdasarkan keputusan permuafakatan pihak sekolah dengan ibu bapa.


Dalam masa sama, kementerian turut menegaskan tiada pihak dibenarkan membuat sebarang paksaan atau tekanan terhadap murid berkaitan pemakaian tali leher.


Menurut KPM, antara pertimbangan utama yang diambil kita ialah faktor cuaca negara yang panas dan lembap, yang menjadikan pemakaian tali leher setiap hari kurang praktikal serta berpotensi menjejaskan keselesaan murid.


"Selain itu, langkah ini juga mencerminkan keprihatinan KPM dalam usaha menangani beban kewangan isi rumah.


"KPM sentiasa prihatin akan keperluan bagi ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermula sesi persekolahan baharu," menurut surat yang dimuatnaik di laman web KPM.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page