Mustapa cadang wujudkan ILP baharu di Kota Belud
- Wartawan Nabalu News
- Dec 28, 2022
- 1 min read

28 Disember 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapa Sakmud memberi cadangan agar Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang kedua diwujudkan di daerah Kota Belud.
Katanya, lokasi tersebut sesuai bagi menampung peningkatan bilangan pelajar ILP yang sedia ada yang membabitkan Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Ranau.
Setakat ini, hanya ada satu ILP di Sabah iaitu di Kota Kinabalu manakala satu lagi di Wilayah Persekutuan Labuan.
“Ini akan memberikan banyak keselesaan dalam kalangan pelajar nanti,” katanya hari ini, sambil menambah ILP kebiasaanya adalah pilihan pelajar yang ingin menceburi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menurut Mustapa yang juga Ahli Sepanggar, hampir 100 peratus pelajar yang menamatkan pengajian di ILP berjaya memperoleh peluang pekerjaan.
Beliau juga menyeru lepasan ILP untuk meneruskan pengajian di peringkat diploma.


















Comments