top of page

MUTIARA GRS memainkan peranan aktif menyantuni rakyat

  • nabalunews
  • Jul 24, 2025
  • 2 min read

Juliah (ketiga dari kiri) bersama rombongan merakamkan gambar bersama para penerima bantuan.
Juliah (ketiga dari kiri) bersama rombongan merakamkan gambar bersama para penerima bantuan.

24 Julai 2025


NABAWAN: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) terus memainkan peranan aktif dalam menyantuni rakyat, khususnya komuniti luar bandar menerusi Program Ziarah Amal.


Dalam program berkenaan, MUTIARA GRS yang diketuai oleh Yang DiPertuanya merangkap isteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag, menyampaikan bantuan kebajikan berupa wang tunai Dan bakul makanan.


Sumbangan disampaikan kepada 21 penerima yang terdiri daripada golongan warga emas dan mereka yang kurang berkemampuan pada Program Ziarah Amal di Daerah Nabawan, pada Rabu.

Juliah (keenam dari kanan) menerima cenderakenangan daripada Asiah.
Juliah (keenam dari kanan) menerima cenderakenangan daripada Asiah.

Bantuan kewangan berkenaan turut diberikan kepada Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di lima buah sekolah iaitu PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan I, SMK Sepulut, Sekolah Kebangsaan (SK) Sepulut, SK Pekan , Nabawan dan SK Logongon (K9) serta Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti PPDK Kg.Ranau-Ranau termasuk pengurusan masjid Al-Hidayah, Nabawan.


Sumbangan berkenaan adalah sebagai tanda keprihatinan dan solidariti terhadap masyarakat pedalaman yang memerlukan perhatian khusus, sejajar dengan matlamat penubuhan MUTIARA GRS untuk menjalin hubungan erat antara pemimpin wanita negeri dengan rakyat.


Juliah ketika ditemui pada program berkenaan berkata, bantuan yang diberikan ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada anak-anak yang memerlukan.


"Ini adalah sentuhan daripada MUTIARA GRS kepada mereka yang memerlukan" katanya.


Pada masa sama, Datin Juliah menegaskan bahawa MUTIARA GRS akan terus komited melaksanakan program turun padang di pelbagai daerah bagi memastikan bantuan dan sentuhan kasih sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.


Tambahnya, program ini secara tidak langsung mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri melalui MUTIARA GRS dalam memperkasa agenda kebajikan dan menyemarakkan budaya prihatin di seluruh pelusuk negeri Sabah.


Sementara itu Pengerusi Mutiara GRS Nabawan, Datin Asiah Doreen Azlan @ Philip merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua MUTIARA GRS atas kehadiran dan bantuan yang diberikan.


Beliau berharap bantuan seumpama ini diteruskan pada masa akan datang.


Seorang guru dari SMK Nabawan Jaini Solom, mewakili sekolah-sekolah yang terlibat turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas bantuan ini.


Katanya, bantuan ini dapat membantu melancarkan program-program yang diatur untuk pendidikan khas.


Levita Masir, Penolong Kanan PPKI, SK Pekan Nabawan Levita Masir, juga menghargai pemberian ini.


"Dengan adanya pemberian ini kami dapat membiayai segala program-program di pedidikan khas intergrasi di sekolah kami" katanya.


Hadir sama Pengerusi PPDK Kampung Ranau-Ranau Puan Sitam Ansula dan barisan kepimpinam MUTIARA GRS.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page