top of page

Myvi Rempuh Pokok, Remaja Terselamat

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read


8 Mei 2025


KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki terselamat apabila kenderaan dipandunya remuk selepas merempuh sebatang pokok di Jalan Lintas, berhampiran Taman Iramanis, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, remaja berusia 18 tahun yang tersepit di dalam kenderaannya dilaporkan hanya mengalami kecederaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 4.41 pagi.


Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.


"Pasukan Bomba kemudiannya membuat kerja memotong kereta (RTA) dengan menggunakan Peralatan Khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.05 pagi,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page