top of page

Nabalu News anjur kursus asas kewartawanan

nabalunews

3 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Nabalu News telah menganjurkan kursus asas kewartawanan yang diadakan di D Arc Hotel semalam yang berlangsung selama satu hari bermula pada pukul 9 pagi hingga 4 petang.


Seramai lebih 10 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang bertujuan untuk memperkenalkan teknik-teknik asas dalam bidang kewartawanan.


Sepanjang kursus tersebut, peserta diberi pendedahan tentang teknik penulisan berita yang berkesan serta cara menyusun maklumat dengan tepat.


Selain itu, mereka turut diajar tentang etika kewartawanan yang penting dalam menjalankan tugas sebagai seorang wartawan.


Di samping itu, kursus ini juga memberi fokus kepada kemahiran asas dalam mengambil gambar yang baik untuk tujuan pemberitaan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page