top of page

Nabalu News PLT Ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Pembaca Setia

  • nabalunews
  • 6 minutes ago
  • 1 min read

20 Mac 2026


Nabalu News PLT mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ‘followers’ setia yang sentiasa bersama kami dalam menyalurkan maklumat serta mendapatkan informasi terkini.


Perayaan Aidilfitri yang penuh keberkatan ini merupakan masa untuk kita saling bermaafan, mengeratkan silaturahim serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang.


Sokongan padu daripada para pembaca terus menjadi pemangkin kepada Nabalu News untuk terus komited dalam menyampaikan laporan yang tepat, berintegriti dan relevan kepada masyarakat.


Sehubungan itu, Nabalu News amat menghargai kepercayaan yang diberikan dan berjanji akan terus meningkatkan mutu penyampaian berita demi memenuhi keperluan pembaca.


Dalam pada itu, bagi mereka yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta, kami mendoakan agar perjalanan anda dipermudahkan dan selamat tiba ke destinasi.


Keselamatan di jalan raya hendaklah sentiasa diutamakan, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan yang akan berdepan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.


Orang ramai juga diingatkan supaya sentiasa berhati-hati sepanjang pemanduan, mematuhi peraturan lalu lintas serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.


Selain itu, sebelum meninggalkan rumah, pastikan kediaman anda berkunci dengan rapi dan semua peralatan elektrik berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.


Akhir kata, Nabalu News PLT berharap agar sambutan Aidilfitri pada tahun ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua. Teruskan bersama Nabalu News sebagai sumber maklumat anda.


Terima Kasih daripada seluruh warga kerja Nabalu News PLT.

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page