top of page
  • Wartawan Nabalu News

Naiktaraf jalan raya, penyukatan PANTAS, pembangunan pelancongan Kadamaian harus diperkasakan – Ewon

27 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick mahu jalan-jalan utama, penyukatan tanah melalui Program PANTAS, pelancongan di kawasan Kadamaian terus diperkasakan.


Beliau berkata, ini selaras dengan Belanjawan Sabah dan Belanjawan MADANI 2024 yang memberi tumpuan kepada usaha pembangunan infrastruktur asas seperti jaringan jalan raya, bekalan air, utiliti elektrik dan liputan telekomunikasi.


“Saya ingin merekodkan permintaan agar kesemua jalan utama menuju ke kawasan sekolah di Kadamaian dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri bagi pelaksanaan projek rolling plan ke-4 RMK12 atau rolling plan terawal dalam RMK13.


“Saya juga berharap pelaksanaan projek naiktaraf Jalan Mandap - Doluoh - Kinasaraban dapat dipercepatkan.

“Jalan-jalan itu ialah Jalan Gaur - Pinolobuh - Mangkulat di mana terdapatnya tiga sekolah yang terlibat iaitu SK Mangkulat, SK Pinolobuh dan SRA Gaur, kemudian Jalan Kebidahan - Takulung melibatkan sekolah SK Lasau, Jalan Kaung - Lobong-Lobong (SK Kaung), jalan Melangkap ke SK Melangkap dan SK Gensurai, Jalan Kg Dundau menuju ke SK Piasau, Jalan Tambatuon ke SK Tambatuon dan Jalan Tiong Komburaon menuju ke SMK Narinang,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bahas Bajet Negeri 2024, pada persidangan dewan undangan negeri, di sini, hari ini.


Ewon turut mencadangkan agar projek bekalan air luar bandar dengan membina water intake di Mukim Kebayau diteruskan dengan mengubah nama sedia ada kepada Projek Bekalan Air Luar Bandar Kebayau.


Katanya, ini bagi membekalkan air terawat kepada Kg Kebayau, Kg Bundu Paka, Kg Purak Ogis, Kg Lingkubang, Kg Melangkap Baru, Kg Melangkap Tomis, Kg Melangkap Tiong, Kg Melangkap Kapa, Kg Melangkap Noriou, Kg Narinang, Kg Sogoh, Kg Tambatuon sebelum dibekalkan kepada kampung-kampung lain termasuk yang berjiran dengan kawasan Kadamaian.


Beliau turut memohon agar penyukatan tanah melalui Program PANTAS diteruskan di kawasan Kadamaian terutama bagi kawasan-kawasan tanah milik anak negeri.


“Selepas selesainya penyukatan PANTAS dengan sasaran 1000 lot di Mukim Kiau yang dilaksanakan sejak 2019, saya meminta ianya dilaksanakan di mukim-mukim Kg Kaung, Kg Lobong-Lobong, Kg Tambatuon, Kg Gensurai, Kg Podos, Kg Melangkap, Kg Sayap, Kg Lasau, Kg Lahanas,” katanya.

Komentarai


bottom of page