Nulu Dantai Trail, Timpoluon Sokid kini dibuka semula
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Nulu Dantai Trail, Timpoluon Sokid kini dibuka semula



2 Feb 2022

Oleh Romie Poulin


PENAMPANG: Selepas ditutup selama dua tahun ekoran pandemik Covid-19, Nulu Dantai Trail yang terletak di Kampung Timpoluon Sokid, di sini, kini dibuka semula untuk aktiviti hiking.


Antara keistimewaan Nulu Dantai Trail ialah laluan yang amat mencabar dan sesuai dijadikan tempat latihan pendakian bagi para pendaki yang berhasrat mendaki Gunung Kinabalu.



Selain laluan yang amat mencabar, puncak Nulu Dantai Trail menjanjikan kepuasan kepada para pendaki di mana mereka akan menikmati pemandangan laut dari arah Kota Kinabalu dan menyaksikan matahari terbenam jika bermalam di situ.


Penduduk Kampung, Rosalia Gindayuk berkata, Nulu Dantai Trail sejauh 2.3 kilometer mula dibuka kepada para penggemar hiking sejak tiga tahun lalu dan menjadi pilihan utama para pendaki membuat latihan sebelum mendaki Gunung Kinabalu.



“Laluan ini sebenarnya mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal kerana terdapat beberapa laluan yang sangat tinggi dan curam.


“Tetapi keindahan semulajadi di sepanjang perjalanan serta udara yang segar dan sejuk menjadi keseronokan para pendaki,” katanya ketika ditemui Nabalu News, di sini, hari ini.


Rosalia berkata, sebagai persediaan untuk menerima kedatangan pengunjung, mereka meninjau keadaan laluan seterusnya membaikpulih apa yang perlu dan membersihkan laluan untuk keselesaan para pendaki.


“Kami berharap selepas menambahbaik laluan dan membaik pulih pondok rehat di puncak trail, aktiviti hiking boleh dibuka kepada semua peminat hiking,” katanya yang juga antara guide Nulu Dantai Trail.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page