top of page

NUTP TURUT BANTAH PELAKSANAAN PEKELILING BAHARU MBK JPA

  • nabalunews
  • Dec 31, 2020
  • 1 min read


31 DIS 2020


KUALA LUMPUR: Selepas Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NTUP) hari ini turut membantah pelaksanaan dua pekeliling perkhidmatan baharu oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang berkuatkuasa mulai esok (1 Jan).


Setiausaha Agungnya Harry Tan Huat berkata, JPA sepatutnya berunding terlebih dahulu dengan semua anggota gabungan dalam Majlis Bersama Kebangsaan (MBK), sebelum melaksanakan pekeliling itu dan tidak mengabaikan suara serta hak pekerja.


Dua pekeliling itu adalah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2020 berkaitan dengan Dasar Hubungan Majikan-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam-Majlis Bersama Kebangsaan, dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2020 berkaitan Dasar Hubungan Majikan-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Majlis Bersama Jabatan.


Justeru, katanya, NUTP menuntut JPA untuk menangguhkan pelaksanaan pekeliling itu dan mengadakan rundingan dengan semua ahli MBK dengan segera.


“Sebelum ini MBK bergerak di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1992, yang merupakan medium yang sangat berjaya, dalam menyelesaikan isu-isu pekerja di negara kita.


“Berdasarkan pekeliling baharu itu NUTP mendapati ada kenyataan mengenai Pegawai Pinjaman di bawah JPA akan dimansuhkan dan ini adalah bertentangan dengan dasar 'tripartite', yang mana pada dahulunya dipersetujui demi keharmonian pekerja dalam industri termasuk sektor awam melalui MBK dan MBJ (Majlis Bersama Jabatan),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page