OBMJ IPD Penampang, Kurangkan Potensi Berlaku Jenayah
- nabalunews
- Jan 1
- 1 min read

1 Januari 2026
PENAMPANG: Kehadiran polis menerusi Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah (OBMJ) sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2026, berjaya mencegah potensi berlakunya jenayah.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, semua elemen kepolisan digerakkan dalam menjayakan OBMJ di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kali ini.
“Objektif utama OBMJ ini diadakan adalah bagi menunjukkan kehadiran polis (Omnipresence )di kawasan-kawasan hotspot dan tumpuan orang ramai.

“Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan potensi berlakunya jenayah di kawasan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abd Basir dengan kekuatan 12 Pegawai Kanan Polis dan 46 anggota polis lain-lain pangkat.
Katanya, satu sekatan jalan raya telah dilaksanakan di Jalan Bundusan, Penampang, Penampang dan dua lokasi "Snap Check" turut diadakan.

“Pasukan rondaan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung turut dilakukan bagi mencegah kejadian jenayah terutamanya kes pecah rumah serta curi kenderaan.
“Pasukan polis turut mengadakan pemeriksaaan dan pemantauan terhadap premis-premis hiburan di sekitar Daerah Putatan dan Penampang.
“Operasi seumpama ini adalah sebagai medium pihak polis mendekati masyarakat setempat dalam memudahkan penyampaian dan perkongsian maklumat jenayah di kawasan serta persepsi ‘fear of crime’.
“Secara keseluruhan seramai 183 orang serta 132 kenderaan telah diperiksa dan hasil pemeriksaan tiga tangkapan telah dibuat,” katanya.
Sehubungan itu, Sammy berkata, IPD Penampang komited untuk terus meningkatkan kehadiran di lapangan, mencegah jenayah dan memastikan keselamatan masyarakat setempat sentiasa terjamin.


















Comments