Op LPKP: Tiada Pelekat E-Hailing Dan Tidak Patuh Etika Pakaian
- nabalunews
- Dec 17, 2025
- 1 min read

17 Disember 2025
KOTA KINABALU: Tidak memasang pelekat e-hailing selain pemandu juga dikesan tidak mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan.
Itu antara kesalahan yang dikesan dalam operasi yang dilaksanakan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hari ini.
Difahamkan, operasi berkenaan dilaksanakan sebagai langkah penguatkuasaan berterusan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang serta memastikan kualiti perkhidmatan e-hailing berada pada tahap yang ditetapkan, khususnya di kawasan KKIA.

Timbalan Pengarah LPKP Sabah, Boney Joumil berkata, dalam operasi berkenaan, LPKP Sabah berjaya memeriksa sebanyak 60 kenderaan dan telah mengesan beberapa kesalahan oleh pemandu e-hailing.
“Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak memasang pelekat e-hailing serta tidak mematuhi etika berpakaian.
“LPKP turut mendapati masih terdapat pemandu e-hailing yang tidak mematuhi pelaksaan geo-fencing di kawasan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, LPKP Sabah merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) atas kerjasama yang diberikan sepanjang operasi dijalankan.
“LPKP Sabah merakamkan terima kasih kepada PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan dan MAHB yang turut serta dalam operasi tersebut,” katanya.


















Comments