OP SAR Nelayang Hilang Masuk Hari Keempat
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

27 Disember 2025
LABUAN: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) melibatkan kru bot nelayan yang dilaporkan hilang telah memasuki hari keempat.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan Labuan menegaskan, operasi SAR dilaksanakan dengan kekuatan seorang pegawai dan lima anggota.
Katanya, operasi masih giat melaksanakan operasi pencarian seorang mangsa lelaki yang dikhuatiri terjatuh ke laut.

“Lokasi terakhir mangsa dikesan adalah di sekitar perairan Tanjung Kubung. Mangsa dikenali sebagai Rosli Awit, berusia 49 tahun, warganegara Malaysia yang berasal dari Tawau, Sabah.
“Operasi SAR ini dilaksanakan secara berterusan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan bagi meningkatkan keberkesanan usaha pencarian,” katanya.














