top of page

Op Taring Rampas Barang Runcit Subsidi dan Makanan Sejuk Beku

  • nabalunews
  • 5 days ago
  • 1 min read


7 Mei 2025


KOTA KINABALU: Empat lelaki ditahan bersama beberapa barangan runcit bersubsidi dalam operasi Op Taring Bravo yang dijalankan di sebuah jeti di Jalan Apas, Tawau, semalam.


Dalam operasi berkenaan, semua barangan runcit dan sejuk beku itu dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.operasi dilaksanakan


Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, operasi dilaksanakan hasil maklumat risikan Task Force Perisikan Bn 14 PGA Tawau, Briged Sabah.


Katanya, operasi turut dijalankan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), BERNAS dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS).


“Dalam serbuan itu, empat lelaki tempatan ditahan bersama rampasan bernilai RM513,450 berdasarkan harga pasaran dan cukai.


“Antara yang berjaya dirampas lori bonded, bot jongkong, pakaian terpakai, barangan runcit bersubsidi dan makanan sejuk beku,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (KPDN), Akta Kastam 1957 (JKDM), Seksyen 15(1), Enakmen Haiwan 2015 (JPVS) dan Akta Kawal Selia Padi dan Beras (BERNAS).


Sehubungan itu, Abdul Rani berkata, PGA akan terus mempergiatkan risikan dan operasi seumpamanya demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.


Katanya, aktiviti penyelewengan barangan bersubsidi juga akan merugikan negara dari segi kehilangan hasil.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page