top of page

Operator pelancongan di Sabah mahir bahasa Mandarin raih perhatian netizen

nabalunews

15 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Seorang operator pelancongan tempatan di Sabah, dikagumi netizen apabila berupaya bertutur dalam bahasa Mandarin ketika berurusan dengan pelancong dari China yang melawat negeri itu.


Video lelaki tempatan itu kemudiannya tular baru-baru ini, dengan rata-rata komen daripada netizen memuji kebolehannya melayan pelancong China terbabit dalam bahasa Mandarin, lapor Berita Harian.


Melalui video yang dimuatnaik di Instagram, lelaki itu menerangkan mengenai perincian jadual perjalanan lokasi pelancongan dipercayai ke kawasan pulau menarik kepada pelancong terbabit.


Dalam video berdurasi kira-kira seminit itu, beliau juga membantu seorang pelancong wanita menunjukkan arah dan laluan ke fasiliti tempatan.


Video itu juga merakamkan detik lucu apabila seorang pelancong lelaki cuba merundingkan harga yang lebih rendah untuk pakej lawatan.


Melalui ruangan komen, terdapat beberapa usikan daripada netizen dengan meminta pelancong terbabit bertutur dalam bahasa Malaysia terlebih dahulu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page