top of page

65 Pemain Badminton Sabah Terima Tajaan Menjelang Junior Elite Tour 2nd Leg Di Terengganu

  • nabalunews
  • 59 minutes ago
  • 1 min read

3 April 2026


KOTA KINABALU: Seramai 65 pemain badminton negeri Sabah menerima peralatan sukan sebagai persiapan menghadapi kejohanan Junior Elite Tour 2nd Leg yang akan berlangsung di Terengganu pada 7 hingga 11 April depan.


Majlis penyampaian peralatan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuhkan pembangunan sukan badminton di Sabah.


Usaha itu juga memberi khusus kepada pemain muda yang bakal mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

Semua pemain terlibat menerima tajaan daripada YOUNG, selaku penaja rasmi Persatuan Badminton Sabah (SBA).


Presiden SBA, Datuk DR Maijol Mahap berkata, tajaan ini bertujuan membantu meningkatkan tahap kesiapsiagaan pemain dari segi kelengkapan sebelum menyertai kejohanan.


Katanya, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penaja atas komitmen berterusan dalam menyokong pembangunan badminton negeri.


“Pihak persatuan amat menghargai sokongan yang diberikan oleh YOUNG. Tajaan ini bukan sahaja membantu dari segi persediaan pemain, malah menjadi pemangkin semangat untuk mereka beraksi dengan lebih yakin,” katanya.


Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah turut berharap agar para pemain Sabah dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan serta mempamerkan prestasi terbaik dalam kejohanan berkenaan.


“Kita berharap pemain-pemain ini akan membawa semangat juang tinggi dan seterusnya mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan,” tambah beliau.


Junior Elite Tour merupakan platform penting dalam pembangunan bakat muda badminton negara, sekali gus memberi pendedahan awal kepada pemain untuk bersaing di peringkat yang lebih kompetitif.


Dengan sokongan padu daripada penaja dan pelbagai pihak, SBA yakin kontinjen Sabah mampu memberikan saingan sengit serta mencapai keputusan yang membanggakan dalam kejohanan yang bakal berlangsung.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page