top of page

Ops Tapis: BSJND Sandakan Tahan Tiga Individu Termasuk Wanita Singapura

nabalunews
Mar 6
1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


6 Mac 2026


SANDAKAN: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) IPD Sandakan berjaya menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga Singapura dalam dua serberkas berasingan menerusi Ops Tapis Narkotik dan Ops Pusat Hiburan yang dijalankan pada Khamis lalu.


Dalam serbuan pertama kira-kira jam 1.15 pagi di sebuah pusat hiburan di Batu 6, Sandakan, pasukan operasi telah menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warganegara Singapura. Kedua-duanya disyaki memasukkan dadah ke dalam badan sendiri selepas ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine, Amphetamine (Syabu) dan Ketamin.


Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam perkembangan sama, pasukan operasi melanjutkan serbuan pada jam 8.00 malam di Jalan 2, Pusat Bandar Sandakan dengan menahan seorang lelaki tempatan. Suspek dipercayai memiliki dadah di samping disyaki turut memasukkan dadah ke dalam badan sendiri.


Hasil ujian saringan air kencing di pejabat BSJND IPD Sandakan mendapati suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine (Syabu). Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.


Kesemua suspek kini ditahan di Lokap IPD Sandakan untuk tindakan dan siasatan lanjut.


Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Polis (ACP) George Abd Rakman menegaskan bahawa operasi bersepadu ini menunjukkan tekad pihaknya dalam membenteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah ini. Beliau memberi amaran bahawa operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan Sandakan bebas daripada ancaman dadah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page