top of page

Orang ramai dinasihati elak kawasan tanah lapang semasa kilat, petir

Wartawan Nabalu News

26 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah Datuk Seri Safar Untong telah menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola sepak sekiranya berlaku kilat ataupun petir.


Beliau berkata demikian susulan kejadian kilat dan petir semalam yang mengakibatkan seorang remaja lelaki maut dan seorang lagi cedera parah ketika bermain bola sepak di Padang Pekan Papar.


"Orang awam dinasihatkan supaya menjauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola dan kawasan kawasan lapang lain sekiranya berlaku petir ataupun kilat bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kejadian kilat dan petir boleh menyambar manusia sekiranya mereka berada di kawasan terbuka, dan ini boleh mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut.


Oleh itu, orang awam dinasihatkan supaya mengambil berat akan faktor keselamatan mereka terutamanya semasa cuaca buruk.


Sementara itu, pihak berkuasa tempatan turut memberi amaran kepada orang ramai untuk mengambil berat dan berhati-hati semasa berada di kawasan terbuka pada musim hujan atau ketika cuaca buruk.


Dalam kejadian semalam, remaja orang kurang upaya (OKU) Muhmmad Zulqilfle Redzwan, 13, maut, manakala rakannya Assiy Qusyairy, 13, cedera parah akibat disambar petir ketika bermain bola sepak di Padang Pekan Papar," kata jurucakap JBPM Sabah.


Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page