Pastor Saniel Angkot dipilih Ketua SIB Kawasan Keningau
Updated: Oct 1, 2025

30 September 2025
KENINGAU: Pastor Saniel Angkot dipilih sebagai Pengerusi Sidang Injil Borneo (SIB) Kawasan Keningau bagi sesi 2025 - 2028 dalam mesyuarat agung SIB Kawasan Keningau baru-baru ini.
Sainel mendahului undi penyandang jawatan itu Rev. Omrinus Buril dalam pemilihan sempena mesyuarat agung itu.
Timbalan Pengerusi SIB Kawasan disandang oleh Pastor Jos Gaupi manakala jawatan Setiausaha dan Bendahari masing-masing disandang oleh Penatua Alisther Sinteh dan Penatua Magnify Loasi tanpa bertanding.
Sementara 13 Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Penatua Jeffrin Gutog, Penatua Melitus Anastasius, Dkn Koroh Puar, Pastor Elim A, Penatua Jully Sandalun, Penatua Anthony Akin, Penatua Majius Opon, Pastor Teony Kamansil, Dkn Ahuar Rasam, Dkns Lonnie Leku Siro, Dkn Niel Solomin, Dkn Donny Anak Sindan dan Dkn Tadias Lasat.
Mesyuarat itu agung itu dipengerusikan oleh Ahli Majlis Umum dan Penyelaras Pekerja Penuh Masa SIB Sabah Pastor Dison Kapong.
Seramai 58 perwakilan dari gereja-gereja lokal SIB Kawasan Keningau menghadiri mesyuarat agung itu.















Comments