Pasukan BNG REDS Kuching muncul juara Festival Seborneo LFC
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pasukan BNG REDS Kuching muncul juara Festival Seborneo LFC


Dr. Peter (tengah) bergambar bersama pasukan BNG REDS.

19 September 2022 Oleh Wartawan Nabalu News SANDAKAN: Pasukan BNG REDS dari Kuching dinobatkan juara dalam perlawanan bola sepak persahabatan antara kelab-kelab penyokong Liverpool sempena Festival Seborneo Liverpool Fan Club (LFC) Kali ke-6, di Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan, kelmarin. Perlawanan persahabatan yang berlangsung selama dua hari, berakhir kelmarin, disertai 20 pasukan daripada kelab-kelab penyokong Liverpool. Penaung Elopura REDS Dr Peter Jr Naintin berkata, perlawanan itu yang dianjurkan sejak 2010, tertunda dua tahun lalu ekoran pandemik Covid-19. “Pasukan LFC dari Kuala Lumpur, Brunei, Thailand dan Indonesia sepatutnya turut serta dalam perlawanan persahabatan kali ini namun mereka terpaksa menundakan niat atas sebab-sebab tertentu,” katanya kepada Nabalu News.

Dr.Peter berkata, perlawanan persahabatan ini dianjurkan buat pertama kalinya di Kota Kinabalu oleh Pasukan K-Red Spirit pada 2010, kemudian di Labuan oleh The REDS Highlander, seterusnya pasukan Brunei dan Labuan sebagai tuan rumah bersama di Labuan. “Pada penganjuran kali keempat diadakan di Tawau REDS, PJ REDS, Kuching dan tahun ini oleh Elopura REDS, Sandakan,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Elopura REDS Sandakan Ronny Justine berkata, antara tujuan utama perlawanan persahabatan ini adalah untuk mengumpulkan semua peminat bola sepak Liverpool yang berada di rantau ini. Selain itu katanya, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara peminat-peminat Liverpool. “Walaupun tiada hadiah berbentuk wang ringgit bagi kejohanan ini, namun hadiah ternilai adalah persahabatan yang terjalin diantara semua peminat Liverpool,” katanya.



bottom of page