- Wartawan Nabalu News
Pasukan bola sepak wanita Kg.Sayap terima sumbangan jersi daripada Ewon

15 Ogos 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Pasukan Bola Sepak Wanita Kg.Sayap menerima sumbangan jersi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick.
Sumbangan itu disampaikan oleh Naib Ketua Pemuda UPKO Kota Belud Dr.Rizoh Bosorang bagi mewakili Ewon.
Ketua Pasukan Bola Sepak Wanita Kg.Sayap Bong Shiow Ing @Ajin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas sumbangan dan sokongan berterusan kepada mereka.
“Kami akan menyertai pertandingan bola sepak anjuran Kg.Terintidon sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini,” katanya.