Pasukan Luncur Ombak Sabah sudah bersedia
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pasukan Luncur Ombak Sabah sudah bersedia



25 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Persatuan Luncur Ombak Negeri Sabah menyertai lima acara sukan luncur ombak peringkat kebangsaan di Pahang.


Setiausaha persatuan itu Mohd Saifuddin Karim berkata, seramai 18 peserta akan bertanding dalam pelbagai kategori iaitu Men's open, Women's Open, Grom, Women's Longboard dan Men's Longboard.


“Walaupun pandemik Covid-19 memberikan cabaran yang sangat berbeza terhadap program persediaan atlet dari segi latihan dan pendedahan kejohanan, Persatuan Luncur Ombak Negeri Sabah sentiasa mengambil inisiatif untuk memastikan atlet negeri ini berada ditahap yang kompetetif.



“Peluncur ombak Negeri Sabah sudah membuat persediaan yang cukup baik dengan menjalani modul latihan yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mohd Saifuddin berkata, pada masa yang sama, dengan penghantaran Sabah Surf Team boleh membantu pihak Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) untuk memilih peluncur ombak yang mewakili Malaysia dalam mana-mana pertandingan luncur ombak peringkat antarabangsa.


Beliau berharap dengan sokongan dan bantuan pelbagai pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Kelab Luncur Ombak Hunjung Barat-Kota Kinabalu, MAXUMAX (penaja baju kontinjen Negeri Sabah), Persatuan Luncur Ombak Malaysia, Sabah Surfer Girls, serta Komuniti Luncur Ombak Seluruh Negeri di Malaysia, hasrat bertanding di peringkat antarabangsa dapat direalisasikan.


bottom of page